Thursday, May 6, 2010

Gula Aren (Nau) dan kebaikannya.

Minum gula aren setiap pagi (campur dengan air suam) akan menjadikan tubuh sehat dan bertenaga. Gura aren juga tidak meningkatkan gula pada pesakit kencing manis. Kini dipasarkan di seluruh cawangan HPA sebagai gula altenatif yang berkhasiat. Gula aren ini dibuat daripada manisan buah Nau yang banyak terdapat di Sabah dan Indonesia.


Fakta tentang Aren


Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya 'Arenga Pinnata', mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain. Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah. Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati. Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan. Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan yang terbaik. Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh mengeluarkan niranya. Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira seperti tandan bunga jantan. Kerja mengeluarkan nira yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara berhati-hati. Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu,batang tandan akan diketuk-ketuk ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan. Ketukan pula dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.

DUA KALI SEHARI


Nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.
Nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Aren Syrup). Sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis. Sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol. Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan..

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 26
Sabah & Sarawak : RM 28

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 24
Sabah & Sarawak : RM 26

Nilai Mata (NM) : 4


"produk halal tanggungjawab bersama"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, dengan terciptanya blog ini maka perjuangan suci ini akan diteruskan dengan lebih luas dan lancar. InsyaAllah, blog ini akan memaparkan petua-petua dan penerangan mengenai produk perubatan Islamik HPA yang sesuai untuk semua penyakit.

Sesungguhnya adalah wajib kita mencari penawar bagi setiap penyakit dengan cara yang diredhai oleh Allah S.W.T. Manusia memang selalu kurang sabar apabila ditimpa oleh sesuatu penyakit, maka kadangkala dia akan mengambil langkah mudah, 'asal sembuh, halal atau haram tidak dikira', sedangkan kesembuhan itu terletak pada ubat yang diberkahi Allah padanya. Bagaimana mahu sembuh jika ia dari yang haram? Na'uzubillah. Semoga kita dijauhkan dari kemurkaan Allah di dunia sampai akhirat.

"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahwa tiap penyakit ada ubatnya, oleh karena itu berubatlah, tetapi jangan berubat dengan yang haram.” (Riwayat Abu Daud)

Maka marilah kita mencari cara perubatan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan juga cara para alim ulama. Semoga pengubatan kita mendapat berkah daripada Allah.

“ Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang HARAM juga jelas. Namun, di antara kedua – duanya ada perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada halal atau haram)." Maksud Hadis.

Selamatkan diri kita dari kesihatan yang dimurkai-Nya.